icon-search
icon-search

Training Untuk Dapat Result vs Suka Training.

Training Untuk Dapat Result vs Suka Training.

Lagi lama Coach berkecimpung dalam industry fitness/personal training, membuatkan Coach perasan sesuatu: ada dua jenis orang didalam gym- mereka yang training untuk dapat result, dengan mereka yang training sebab mereka sukakan training. Dan kalau nak tahu, selalunya mereka yang suka training ini yang selalunya dapat result.

Dan sesetengah yang training untuk dapat result akan mendapat result jangka pendek (beginners gains), tapi mereka ini tak akan dapat kejayaan jangka panjang.


Kenapa?

Sebab selepas mereka ini melepasi tahap beginner, untuk progress ketahap yang lebih tinggi akan mengambil masa yang panjang.

Jika korang workout cuma untuk dapat result, bila korang melepasi tahap beginner, results akan lambat berbanding korang beginner dulu, dan ini akan mengecewakan.

Jadi kalau ini berlaku, dan korang terpaksa bekerja keras untuk progress, if you don’t love the process, you won’t make it!

Berkenaan mendapat result jangka panjang yang bagus daripada training korang, kena faham bahawa:


1.      Progress atau kemajuan tidak akan berlaku secara linear (lurus). Ada yang gain muscle 2-3kg dalam 10 hari, lepas tu plateau atau stagnant berminggu minggu. Ada pulak yang lose 1-2kg lemak dalam seminggu untuk 4 minggu, lepas tu lose 0.5kg jer seminggu untuk 2 bulan! Dan ada juga meningkat strength sebanyak 10% dalam 2 minggu, kemudian stagnant untuk 6 minggu. Inilah misteri macam mana badan kita berfungsi.


Jadi bila perkara ini berlaku, orang akan over excited, dan expect the gains to last forever. Kadang kadang Coach pun jadi over excited bila weight Coach naik. Tapi korang tak boleh expect gains itu korang akan dapat buat selama lamanya. Jadi bila gains tu jadi slow, ramai yang akan kecewa. Satu benda yang korang boleh kawal adalah dengan keep training hard!


2.    Disebabkan progress ini tidak linear, mereka yang training hanya untuk dapat result, akan mula mencari cari “penyelesaian” yang boleh menjadi counter produktif.


  • Program hopping. Mereka ini akan mula mencuba banyak program, kadang kadang tak sampai sebulan mencuba, dah tukar program baru. Selalu menukar program cuma memberi ilusi yang korang progress, kerana naural adaptation, Ia tidak akan menyebabkan korang gain muscle mass. Cuba sesuatu program itu sekurang kurangnya 3 bulan atau lebih, untuk dapat result yang bagus dari program tersebut


  • Akan merasa kecewa, dan mula menggunakan steroid. Coach ini adalah salah satu sebab remaja atau beginner menggunakan steroid. Coach bukannya anti steroid, tapi bila Coach tengok ramai remaja remaja ni, yang baru mula 2-3 bulan training, dan memang tak ada muscle langsung, mula pakai steroid (tanpa guidance pulak tu), buatkan Coach jelak. Bukannya pasal steroid itu sendiri, tapi pasal attitude mereka yang menggunakannya. Meraka ni tak pernah belajar cara training dan pemakanan dengan betul, macam mana nak progress dengan sendiri, jadilah mereka ini hamba kepada steroid.


  • Mereka ini terus berhenti workout, sebab diorang rasa tak berbaloi. Yang ini ramai Coach tengok. Macam biskut. Aktif 3-4 bulan, kemudian menghilang. Alasan busy.


Jadi, disini Coach nak bagitahu rahsia untuk dapatkan long term progress.

FALL IN LOVE WITH THE PROCESS, Jadikan training menjadi korang punya hobi, kesukaan dan juga stress reliever. Dengan cara ini, korang akan rasa seronok bila masuk gym, rasa motivated untuk training kaw kaw yang akan membuatkan korang dapat result tanpa perlu fikir kannya.

Jika korang cuma untuk results..korang akan tak dapat kepuasan yang sepenuhnya.


Artikel Oleh :

Shahril Rahman




Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping