Semua orang yang pernah main besi akan merasa sakit sakit badan, hilang motivasi, dan rasa burn out. Coach pun selalu rasa macam tu. Coach tahu badan Coach perlukan rehat bila badan Coach mula rasa sakit sakit di joint, berat yang biasa Coach buat pun rasa semakin berat dari biasa. Jadi Coach tahu Coach perlukan deload week.
Apa itu deloading? Deloading bermaksud waktu rehat. Ada banyak cara untuk deload. Satu cara adalah dengan stop training all together untuk satu atau dua minggu. Atau cara yang kedua adalah dengan mengurangkan intensity korang.
Ada orang yang training berminggu atau berbulan bulan tanpa ambik ‘cuti’ daripada training. Sakit sikit sikit tu biasa lah, sampailah mendapat injury barulah ‘terpaksa’ bercuti dari training. Itu cuti yang paling tak best dan Coach tahu macam mana rasanya. Berapa ramai dari korang bila dah injured (shoulder sakitlah, siku sakit, lutut sakit, wrist sakit) baru terkial kial nak cuti? Kalau dah injured maknanya dah terlambat.
Kita ni master dalam perkara 'tak apa'. Tak apa, sakit sikit jer kat siku, nanti ok la tu lepas letak ais/minyak panas. Tu yang dalam locker room, atau pun di gym floor korang selalu bau minyak panas.
Coach berpendapat, bagi beginner, disebabkan intensity korang masih rendah, korang boleh training non stop hingga 6-12 minggu. Tapi bagi yang dah otai (macam Coach ni) perlukan deloading lagi kerap iaitu setiap 4-6 minggu.
Cara yang kedua iaitu dengan dengan buat high volume. Tapi macam mana dengan korang korang yang buat high volume macam style bodybuilding (ehem)? Bagi Coach untuk cara yang kedua ni sesuai pada atlet, atau pun lifter yang selalu buat max weight (macam Coach). Jadi dengan buat high volume week, kita tak memenatkan CNS.
Tapi kalau yang tak reti dok diam, boleh lah mencuba cara kedua ni untuk deload, walaupun korang buat high volume training. Cuma kurangkan intensity a.k.a berat sebab tujuan korang buat deload adalah untuk merehatkan korang punya muscle dan CNS.
Jadi apa benefit buat deload?
- Badan akan rasa fresh setiap kali selepas deloading
- Meningkatkan motivasi sebab tak sabar untuk sambung training.
- Untuk total recovery mental dan fizikal.
- Untuk jangka masa panjang, menghindarkan kecederaan
- Enjoy training lebih lagi kerana tak rasa burn out
Ini adalah antara benefit benefit yang korang boleh dapat. Kan bagus sekali sekala korang 'berehat' untuk recharge korang punya bateri? Try it. Korang bukannya main besi untuk 3-4 bulan tapi untuk long term, kalau boleh seumur hidup, Jadi give your body a break and it will thank you for it.
Artikel Oleh:
Coach Shahril Rahman