Alhamdullillah, selepas Coach keluarkan artikel pasal Explosive Training ramai yang mula buat Olympic Lift seperti Snatch dan Cleans di Gym KBS Putrajaya. Ramai yang tanya Coach macam mana nak buat. Dan Coach harap ramai lagi yang buat Cleans dan Snatch ni di gym gym lain. Tapi apa yang bestnya buat Olympic Lift ni? Kenapa perlu buat? Ni Coach nak cerita apa yang korang akan terlepas kalau korang tak buat.
1) Untuk Traps yang Besar.
Coach selalu lihat, banyak orang buat shrugs berat berat, sampai 3-4 plate 45lbs sebelah, tapi selalunya tak berhasil.
Selalu orang tanya, macam mana nak dapat traps besar, dan Coach selalu kata, buat snatch dan cleans. Tinggalkan dulu shrugs untuk 6-8 minggu, dan masukkan cleans, snatch dan juga clean pull dan lihatlah leher korang akan 'hilang'. Dan korang akan rasa soreness yang tak pernah korang rasa walaupun korang gunakan shrugs yang berat pada traps korang bila korang buat snatch dan cleans ini.
2) Untuk Forearm yang Besar.
Untuk dapatkan forearm yang besar, tinggalkan reverse curl, dan wrist curl. Snatch dan Cleans akan membuatkan forearm korang 'meletup' sambil menguatkan grip korang. Apabila korang buat Olympic lift ni tanpa menggunakan straps, akan menyebabkan forearm korang bekerja overtime. Korang akan nampak perubahannya dalam masa sebulan!
3) Type II Muscle recruitment.
Siapa yang tak nak lebih muscle, Kita tahu untuk mendapatkan size yang maksimum, otot type II mesti di trainkan. Tetapi, selalunya training menggunakan style bodybuilding gagal untuk stimulate secara effektif. Memang, ada bodybuilder akan argue kalau training untuk maximum strength, akan dapat train type II muscle ini. Tapi macam mana dengan maximum speed?
Buat cleans akan mengajar badan kita untuk mengangkat weight dengan pantas. Ini akan meningkatkan force production (penggunaan tenaga) dan dengan meningkatnya force production, lagi banyak otot type II yang digunakan. Lagi banyak otot type II digunakan, lagi besar muscle korang.
4) Balance
Kita sebagai lifters nak kan symmetry. Pergerakan seluruh badan macam snatch akan memberi peluang pada badan kita untuk bekerja sebagai satu jentera. Jadi apabila badan besar tapi tak boleh angkat bebanan yang berat di atas kepala, itu menunjukkan dimana korang lemah. Jadi buat Olympic lift akan membuatkan badan korang bekerja sebagai satu unit. Kalau kaki dan tangan saja kuat, tapi core korang lemah, korang tak mungkin dapat buat snatch dengan bebanan yang berat.
5) Untuk Abs yang kuat.
Apa saja variasi snatch akan menguatkan abs korang. Kenapa? Sebab lagi jauh korang gerakkan bebanan daripada titik tengah graviti (center of gravity); lagi banyak abs korang akan bekerja. Dalam kes snatch, bebanan yang berat akan berada diatas kepala korang dan ini akan menggunakan abs, obliques, rectus abdominis dan juga keseluruhan otot core. Lagi kuat core korang, lagi banyak muscle!
6) Untuk Lats yang besar.
Olympic lifter terkenal dengan otot belakang yang cantik. Dan mereka ini hanya buat Olympic lift sahaja. Bodybuilder buat banyak exercise untuk back, macam pull ups, seated row, one arm row dan macam macam lagi.
Untuk buat snatch dengan betul, korang kena meletakkan bar tersebut dekat dengan badan. Dalam setiap reps, korang akan menggunakan lats untuk 'menarik' bar tersebut dekat dengan badan.
Bila buat snatch, korang akan develop kekuatan dan otot upperback. Jika korang buat cleans, banyak pakai lats. Jadi untuk dapatkan lats yang macam kepak burung, selain dari buat banyak pull ups, boleh buat olympic lift.
Jadi cukup tak sebab sebab kenapa korang perlu buat Olympic lift? Masukkan ia dalam program korang, dan lihatlah hasilnya. Coach dah pun nampak
Artikel Oleh :
Coach Shahril Rahman