icon-search
icon-search

Ramadhan Training : Part 2

Ramadhan Training : Part 2

Makin banyak Coach post pasal training bulan puasa, makin ramai pulak yang tanya pasal kenapa training sebelum berbuka, kalau training di bulan puasa boleh gain muscle tak, kalau training awal pagi boleh tak, dan macam macam lagi.

Nak ajer Coach kata, it doesnt matter. Walaupun korang training selepas berbuka, pun korang akan lose your body mass walaupun sikit, sebab bila puasa korang restrict korang punya calories, walaupun korang kata boleh makan banyak selepas berbuka (tak termasuk sahur). Cuba cerita sikit, berapa banyak makanan yang korang boleh makan dalam masa yang singkat tu? Dari pengalaman Coach, bila dah berbuka heavy, Coach dah tak larat nak makan lagi dah a big meal after that, walaupun pukul 11pm. Weight gainer? Dan cuba serita sikit, berapa ramai yang makan banyak semasa bukan bulan puasa, tapi tak gain weight? Ramai kan? Kalau tak, takkan la banyak yang bertanya kat FB di page bodybuilding macam mana nak gain weight walaupun dah makan banyak. Jadi agak agak kalau bulan puasa boleh gain tak?

Ok enough rant. Ada beberapa masa yang korang boleh workout masa puasa ni, dan Coach listkan pro dan cons nya.


Selepas sahur, awal pagi.

Pros

  • Masih fresh daripada sahur tadi.
  • Boleh ambil preworkout supplement
  • Boleh training pakai hypertrophy program iaitu high volume.


Cons

Bergantung pada kerja korang for the rest of the day. Takut tak boleh fokus ajer, ternguap nguap.

sesuai masa cuti hujung minggu saja, sebab lepas training boleh sambung tido.


Sebelum berbuka

Pros

  • Korang tak perlu tunggu lama untuk loading selepas training sebab lepas tu boleh berbuka.
  • Boleh ambil post workout
  • Meningkatkan lagi peluang badan untuk merembeskan gH secara natural.
  • Korang boleh loading seberapa banyak korang suka, tanpa risau put on fat sebab badan jadi sensitif pada insulin, dan juga hampir semua makanan tu di proses jadi fuel untuk workout yang seterusnya.


Cons

  • Letih sebab seharian berpuasa.
  • Tak boleh minum air kalau haus.
  • Tidak akan dapat pump sebab kekurangan air dalam darah.
  • Tak boleh minum pre workout.
  • Training pula tak boleh buat high volume sebab takut peluh banyak keluar dan jadi over dehydrated.


Selepas berbuka

Pros

  • Korang fresh daripada berbuka
  • Boleh training seperti biasa
  • Boleh ambil pre, peri dan post workout supplement.


Cons

  • Kalau korang pegi sembahyang tarawikh, pukul 10 baru boleh pegi gym, jadi masa dah lewat.
  • Tak sesuai bagi orang yang dah berkeluarga, sebab bini akan bising kalau tak pegi sembahyang tarawikh.
  • Tak dapat benefit seperti training sebelum berbuka.


Jadi inilah antara pros and cons bagi waktu waktu training, dan Coach basekan maklumat ini berdasarkan pengalaman Coach. Semua dah try, dan paling sesuai untuk COACH adalah sebelum berbuka. Korang pilihlah mana satu idaman kalbu, janji korang boleh training. Badan kuat, Hidup sihat, Ibadat pun larat.


Artikel Oleh:

Coach Shahril Rahman




Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping