Apabila kita muda, tak kiralah berapa banyak pun kita makan, berapa lama kita training, berapa banyak ubat kita ambik, badan kita akan secara automatiknya boleh recover tanpa masalah. Tapi bila kita mula melepasi umur 30, semua tu dah jadi kelam kabut.
Coach melaluinya sendiri pengalaman tu dan Coach rasa korang korang pun ada mengalaminya, terutamanya generasi Coach, dimana start training awal 20an lagi.
Dulu kalau training, macam nak lumba lari, nakkan weight yang paling berat, dan paling banyak reps. Dan semestinya akan injured kan. Tapi seminggu jer dah ok. Makanlah banyak pun especially lepas workout, perut tak naik pun, ye la metabolisme tinggi la katakan.
Kenapa Coach bising bising pasal ni? Sebab bila dah mula mencecah umur 40an, semua yang kita take for granted dulu, macam metabolisme dan hormon testosterone dah mula slow down. Makan sikit jer perut akan kembung, naik tangga untuk ke gym jer, lutut sakit, angkat silap sikit jer terus rasa joint.
Jadi, macam mana nak buat? Bagi semua lifter, terutamanya lifter yang melepasi 40 tahun, korang kena start buat training yang kualiti, iaitu kualiti reps dan kualiti weights.
Semenjak Coach start tak peduli pada weight, tapi lebih kepada how the weight feels, dan buat full contraction, badan Coach rasa lebih pump. Dulu pump tu nombor 2, yang penting weight mesti lebih berat daripada minggu sebelumnya. Dulu tu tak kisah lagi sebab kalau injured, senang jer recover.
Jadi artikel kali ni agak pendek sebab ia lebih kepada reminder, terutama sekali kepada Coach dan juga kepada client client PT Coach yang dah melepasi 40an ni.
So train smart and stay injury free ya. Jumpa lain kali.
Artikel Oleh:
Coach Shahril Rahman