Apabila kita lihat di sekitar gym, paling ketara adalah gym komersial, tak ramai perempuan yang ada di kawasan freeweight. Kalau ada pun, samada dengan trainer, temankan boyfriend/suami, atau pun dengan muka jobo tak pandang orang.
Tapi kalau di treadmill, basikal, stepmaster atau pun kelas, ramai gila diaorang ni. Bila tanya apa goal diaorang, perkara yang banyak terlintas di mulut: untuk kurus, hilangkan lemak bawah lengan, hilangkan lemak di perut, nak naikkan punggung.
Bila naik treadmill, basikal ataupun kelas tak berjaya memenuhi kehendak mereka, terus malas dan berhenti.
Trainer pun kadang kadang tak membantu. Terlalu ikut sangat client, sampai buat exercise yang tak membantu langsung perubahan badan. Atau pun trainer trainer ni akan introduce exercise dengan menggunakan balance yang banyak macam BOSU balance trainer, fitball.
Bukan nak kata BOSU atau pun lain lain instability platform tu tak bagus, tapi bukanlah untuk setiap hari. Setaip kali training. Ia digunakan untuk atlet dan juga untuk rehab. Itu pun bukannya setiap kalitraining akan menggunakan method tu.
Jadi kenapa jadi macam tu?
Takut nampak macam lelaki.
Memang sejak dulu lagi, mitos mengenai heavy weight training akan membuatkan perempuan nampak seperti lelaki, atau pun macam bodybuilder perempuan.
Tak kiralah genetik diaorang ni berbeza, dan juga tak gunakan drugs seperti mana perempuan yang berbadan sasa tu ambik. Jadi mitos ni memang susah dipadamkan sebab sekarang ni banyak fitness model di internet 'menjual' diri mereka di social media. Jadi bagi perempaun yang mahukan fitness akan tidak mahu buat weights, takut untuk menjadi seperti bodybuilder wanita atau pun fitness athlete.
Tak mahu dengar nasihat trainer/coach
Selalunya aku tak ada masalah dengan client client perempuan yang baru sebab selalunya diaorang ni akan cuba semua exercise yang di ajarkan. Tetapi ada juga client yang sudah sebati dengan exercise yang dia buat sebelum mengambil PT, jadi kalau exercise tu membuatkan dia letih atau sakit, dia akan complaint. Jadi bila berhadapan dengan client client ni, trainer kenalah tegas dan berikan tunjuk ajar yang sepatut.
Suka buat apa yang mereka rasa target untuk wanita.
Pernah tengokkan di gym gym, mesin abductor/adductor? Mesin ni adalah secara spesifiknya dibuat untuk wanita. Jadi instead of squat, mereka akan buat mesin ni untuk inner/outer thigh.
Samalah macam mesin trunk twist, mereka akan duduk dan pusing pusing, untuk obliques diaorang, padahal boleh buat dengan abs crunches dan side crunches.
Pakai trainer yang kurang mahir dalam training perempuan
Selalunya bila aku tengok trainer trainer ni, terutamanya trainer lelaki, bila client lelaki, diaorang ni akan buat training yang effektive seperti bench press, squat, pullups dan sebagainya. Tapi bila client perempuan, routine nya bertukar: 10 minit cardio (nothing wrong with that), mula buat stretching (ok), lepas tu terus buat lunges, sumo squat (sebab lebih senang nak ajar), knee push ups, dan abs. Untuk variety, akan pakai fitball, ataupun BOSU ball, medicine ball untuk buat semua tu. Dan abs. Lots and lots of abs.
Weight training exercise yang paling effective, untuk lelaki dan wanita adalah dengan mengangkat bebanan yang secara relatifnya berat untuk jarak yang jauh, within the bound of safety.
Contohnya seperti barbell squat. Banyak strength coach yang mengatakan ianya king of exercise. Dan ada juga menganggap deadlift juga king of exercise, tapi kedua duanya adalah penting. Untuk upperbody pula, dips dan pullups juga dikatakan sebagai upperbody squat.
Jadi apa kesamaan yang didapati dalam keempat empat exercise tersebut? Semuanya membolehkan kita mengangkat bebanan yang berat dalam jarak yang jauh. Dan juga kesemuanya menggunakan banyak muscle.
Aku jarang melihat wanita wanita yang training di freeweights di gym gym. Jadi hopefully lepas ni akan lebih banyak wanita akan training lebih effektif lagi.
Artikel Oleh:
Coach Shahril Rahman