icon-search
icon-search

K.I.S.S

K.I.S.S

Sekitar tahun 2000, kalau nak tau pasal bodybuilding, training, atau diet, samada kena beli buku, majalah (FLEX, Muscle and Fitness, Muscle Media 2000) atau pun timba ilmu dari otai otai yang lama training atau compete. Jadi information tak banyak, dan kebanyakkannya akan di guna pakai tanpa usul periksa. Yang bagusnya, korang tak keliru, yang tak bagusnya, kalau info tu salah, tu yang jadi mitos mitos bodybuilding (macam kalau nak cut, kena hi reps, contohnya)

Tapi di era internet, makin banyak orang boleh excess, makin banyak info info yang boleh di uploadkan. Dan berbagai bagai pendapat dan pandangan yang ada. Program untuk training dan diet dah melambak lambak. Jadi adakah kita makin pandai?

Bagi Coach, dengan era internet sekarang, kita makin banyak choice untuk info, dan ini akan menjadikan kita information overload. Tak tau mana satu yang betul. sesiapa saja, walaupun tak pernah workout pun boleh cut and paste info tanpa rugi apa apa di website.

Jadi macam mana korang mengharungi information overload ni? KISS. Apa itu KISS?Keep it Simple, Stupid.

Bagi beginners, tak perlu buat routine yang complicated, sebab korang akan gains dengan basic exercise. Apa basic exercise? Bench press, deadlift, overhead press dan squats. Sama lah dengan supplementation. Baru sebulan dua  angkat besi, dah mula carik L-Glutamine, Nitric Oxide  punya product, pro hormone, gH, steroids. Tak salah, tapi ambik yang basic dulu, macam whey dan creatine. Yang lain lain tu kemudian, bila korang dah intermediate iaitu lebih setahun CONSISTENCE training. Kenapa Coach high light kan consistency?  Sebab kalau kejap training, kejap berenti, itu bukan consistence namanya, jadi korang mungkin masih lagi beginner walaupun korang training inconsistently untuk 2-3 tahun.

Jadi untuk beginner, buat yang simple simple dulu, jangan sebulan atau 2-3 minggu ambik program 531, kemudian tukar pulak ke program GVT. Kemudian 2 minggu kemudian pakai pulak Dogg Craap sebab korang baca di internet.

Macam Coach kata consistency adalah paling penting bagi beginners khususnya dan semua lifters umumnya. Pilih lah info info yang berguna di internet, tapi jangan cepat 'melatah' dan terburu buru untuk mencuba semuanya. Macam Coach kata..KISS.


Artikel Oleh:

Coach Shahril Rahman



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping