Coach jarang beri perhatian sangat bila buat exercise untuk chest ni. Sebab bagi Coach chest adalah muscle yang sangat lah tak complex berbanding dengan back, shoulder atau pun legs. Buat incline chest, flat bench press dah cover area untuk pembesaran dada.
Tapi biasa la Coach, kalau ada benda baru, Coach akan cuba dulu, samada ianya berkesan atau tidak. Jadi semua exercise exercise yang dalam blog Coach ni semuanya Coach dah pernah try dan ternyata awesome. Coach terbaca di artikel mengenai neck/guillotine presses atau pun Gironda presses. Tak kenal siapa Gironda? Apa la, korang tau tak dialah pengasas Vince Gym di mana semua nama nama yang masyhur masa tu seperti Lou Ferrigno (Incredible Hulk), Frank Zane dan juga Arnold. Dia juga dikenali sebagai the original iron guru.
Jadi apa dia Gironda/Neck Presses ni..? Ia adalah exercise yang betul betul target hanya chest. Korang nak betul betul target hanya chest? Korang nak rasa pump di chest korang yang korang tak pernah rasa selama ni? Cuba lah Gironda/Neck Press ni.
Pegang barbell dengan lebar, sampai di luar garisan yang ada di barbell tersebut, dan pastikan elbow berada di bawah bar tersebut. Jadi korang akan turunkan bar ke ruang dimana leher dan chest korang bertemu. Turun sampai beberapa cm dari leher, dan kemudian press semula keatas, tapi jangan lock out.
Tapi Coach bagi amaran yer, untuk variasi ni, Coach rekomenkan hanya dibuat pada incline bench press sahaja, dan jangan buat berat macam korang punya max rep pulak. Kalau nak buat flat bench jugak, buatlah di Smith Machine, supaya korang boleh rack dengan serta merta.
Coach dah experiment dengan exercise ni dah 3 minggu, dan hasilnya perghh..korang kena try. Jangan menggunakan terlalu berat weight tu, pada permulaan, sebab korang tak tahu lagi macam mana nak handle bar tersebut. Tapi bila dah OK, boleh tambah sikit sikit berat tu. Coach selalu jadikannya sebagai finisher untuk incline chest Coach. Coach akan buat normal incline bench press, last set baru Coach pakai neck presses ni.
Artikel Oleh:
Coach Shahril Rahman