icon-search
icon-search

Cara Untuk Bertambah Kuat

Cara Untuk Bertambah Kuat

Apabila kita telah beberapa tahun bermain besi, sampai satu tahap strength kita akan meningkat amat lah perlahan. Kalau masa beginner dulu, strength korang (kalau training dengan cara betul) akan mencanak canak naik. Tapi lepas tu start mendatar.

Kadang kadang tu kita kena think out of the box...sebab Coach tau korang dah buat macam macam untuk menambahkan strength korang, daripada ambik supplement yang legal dan jugak illegal, sampai la bertukar tukar program. Sekarang ni cecuba try strategy ni pulak.


Buat Warm ups

Hek eleh..ingat kan revolution sangat lah strategy tu. Memang, nampak sangat lah simple, tapi korang akan terkejut betapa ramai orang buat exercise tanpa proper warm up. Tujuan warm up, adalah untuk menaikkan core body temperature. Korang tahu tak, performance korang akan meningkat apabila suhu badan korang meningkat. Bayangkan kulit korang sejuk pun akan menyebabkan performance korang berkurangan? Tengok study ni. Jadi lebih elok buat warm up dulu, 5-10 minit, termasuklah stretching. Apa korang dah start berpeluh, baru korang boleh start training.



Minum Air

Coach bercakap juga bagi pihak diri Coach sendiri, yang Coach pun kurang minum air. Jadi Coach selalu make a point untuk minum at least se liter 1/2 jam sebelum workout. Selalunya bila korang training dalam tempat beraircond, korang akan kurang minum air sebab tak dahaga. Bahaya tu, minum jugak walaupun tak dahaga. Korang tau tak, bahawa kalau korang kekurangan air, performance korang juga turun? Sama macam air dalam carberator kete korang la, kalau kurang air, nanti over heat, dapat heat stroke.


Minum Kopi.

Coach ni hantu kopi. Satu hari 3 cawan nescafe minimum. Dulu lagi teruk sampai 5 cawan. Tapi semenjak dah berumur ni (hahaha) kalau minum lebih dari 3 cawan akan pening kepala. Tapi Coach mesti pekena kopi sebelum training. Sebab? Ia nya akan memberi extra boast to performance. Tak percaya? International Olympic Committee menyenaraikan caffeine ni sebagai banned substance bersamaan dengan steroid, dalam Olympic, sebab sebagai performance enhancement.


Grip Kuat Kuat!

Coach kalau train client Coach, kalau new heavy weights, Coach akan cue " keep your body tight". Secara automatic badan mereka akan tense up dan grip diaorang jadi kuat. Berapa banyak lifter yang Coach tengok, kalau nak angkat berat, especially  bench press, squats dan deadlift, badan mesti 'lose'. Maknanya tak tense up. Ingat, walaupun kita buat chest, kita sebenarnya pakai seluruh badan. There are no such thing as isolation exercise kalau dari segi anatomy. Tu pasal bontot korang ternaik kalau korang buat chest. Hips dan kaki korang cuba nak tolong 'angkat'. Dengan grip yang kuat, ia akan activatekan nervous system untuk set yang mendatang.


Tengok/Perbaiki Form.

Kadang kadang tu, walaupun kita rasa rasa dah betul dah, tapi sebenarnya ada lagi ruang untuk kita improve sesuatu exercise tu. Misalannya kalau buat deadlift, rapatkan kedua dua tangan akan mengurangkan jarak angkatan. Pakai kasut yang flat seperti Vibram atau pun tanpa kasut bila buat deadlift (mengurangkan jarak angkatan). Dan jangan pikir lama lama bila nak mula angkat. Terus jer BOOMM!! Angkat.


Tukar Lagu!

Memang lagu yang baik memainkan peranan untuk meningkatkan 'mood'. Apabila nak angkat weight yang berat..dengan di iringi lagu Kenny G, atau pun lagu lagu Eddie Hamid, mana nak terangkat weight tu. Jadi kalau boleh, suruh la owner gym tukar lagu best best sikit, tak pun pakai MP3 player.


Hopefully tips tips ni membolehkan korang pecahkan personal record korang. Selamat mencuba.


Artikel Oleh:

Coach Shahril Rahman



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping