Bila ada seorang tanya pasal buasir dan training, Coach ingatkan isu ni tak lah besar sangat. Tapi bila makin ramai yang bertanyakan pasal buasir ni, Coach sedar isu ini takkan pergi dengan sendirinya kalau Coach tak address betul betul mitos ini.
Apakah itu buasir? Buasir atau dalam English, hemorrhoid atau pun piles adalah keadaan dimana urat buasir ini membengkak kerana tekanan tinggi.
Jadi, apa penyebab buasir?
- Sentiasa duduk
- Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
- Cirit-birit
- Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama (yikes!)
- Batuk yang teruk
- Bersalin
- Mengangkat berat
- Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual.
Bila kita tengok penyebabnya, automatik kita akan kaitkan dengan weight lifting. Sebab weight lifting involve lifting heavy weights. Tapi tahu tak, kalau korang kenal olimpik lifter (weightlifter), diaorang akan katakan tak banyak kes buasir dalam kalangan atlet weightlifter ni.
Eh, tunggu dulu. Kan kerja diaorang ni angkat berat. Dan TAK banyak kes buasir? Pelik. Kalau lifting weight menyebabkan buasir, dah hampir 100% atlet weightlifter ni akan kena buasir, dan acara weightlifting ni akan di ban kan sebab merbahaya.
Korang perasan tak, korang selalu dengar kisah buasir ni daripada kawan yang kenal kawan pada kawan ayah belah mak sedara tiri adik dia yang pernah dengar kawan dia kena buasir bila angkat berat? Maknanya korang banyak dengar hearsay (khabar angin) saja.
The truth is, kalau korang menggunakan form dengan betul dan juga cara bernafas dengan betul bila buat heavy weights korang takkan apa apa. Bila breathing untuk liftting heavy weights, korang kena buat valsava menuever. Apa itu valsava menuever?
Kalau ikut manual dari ACE atau dari mana mana personal training manual, cara ini adalah merbahaya sebab semasa dalam eccentric phase of the lifting, kita tahan nafas. Orang yang training dengan heavy weights akan automatik tahu sebab dengan mengumpulkan udara di abdomen, core kita akan lagi stable untuk buat lifting tersebut. Bukan bermakna kita tahan nafas all the way sampai habis set.
Macam contoh Bench Press, bila kita nak mulakan rep, kita ambil nafas dalam dalam dan tahan, lower down the weights (eccentric) dan kemudian push the weight back up (concentric) baru hembus nafas. Jadi kalau ada orang kata cara ni merbahaya, itu bermakna dia tak pernah buat heavy weights.
Buasir ni boleh kena pada sesiapa saja, tak semestinya lifting heavy weights. Coach kenal kawan Coach yang kena buasir, sebab? Sistem penghadaman dia tak lawas, dan everytime dia membuang, najis nya keras.
Dan Coach ada abang ipar, yang kena buasir sebab banyak makan benda pedas.
Takut lifting weights sebab takut kena buasir adalah sama macam korang takut bawak kereta sebab takut kemalangan. Ataupun sakit buah pinggang sebab makan banyak protein. Ini adalah mitos mitos yang perlu mati sekarang jugak!
Kalau korang pre-disposition untuk kena buasir, no matter what, korang akan kena. Sama macam makan atau minum protein banyak. Kalau korang ada existing condition untuk kena sakit buah pinggang, korang akan kena, walaupun korang tak makan secara berlebihan protein. Cuba check tengok kat tempat Dialisis tu, semua bodybuilder ke?
Jadi jangan takutkan weight training. As long as korang buat dengan form yang bagus, cara breathing yang betul, dan fokus, korang takkan apa apa.
Kill the myth now!!
Artikel Oleh:
Coach Shahril Rahman