Ini ada soalan rhetoric. Kalau korang berjemur di tempat panas selama 30 minit, lepas 30 minit, korang pun masuk balik rumah. Malam tu kulit korang ada sedikit terbakar. Kalau kulit cerah tu, ia akan warna pink. Esoknya korang berjemur lagi selama 30 minit. Korang buat jemuran 30 minit ni selama seminggu tanpa henti. Lepas seminggu, kulit korang akan jadi lebih gelap daripada sebelum korang berjemur.
Entah gila apa, korang extend buat jemuran tu sampai sebulan. Jadi ini soalannya: selepas sebulan, kulit korang jadi macam mana?
Kalau di tanya seratus orang pasal soalan ni, Coach pasti kebanyakkan daripada nya akan jawap mesti gelap gila, tapi sebenarnya warna kulit korang akan sama macam warna kulit korang pada akhir minggu pertama.Kenapa ia nya tak jadi lebih gelap?
Sebab kulit korang adapt kepada stress panahan cahaya matahari selama 30 minit, dengan menjadi sedikit gelap supaya menghalang ianya menjadi terbakar semula. Its the only reason it gets dark. Kalau kulit kita menjadi bertambah gelap bila kita expose to the sun, maka kulit kita akan menjadi gelap gelita, sebab kita keluar dari kereta untuk masuk rumah atau masuk ofis dua tiga kali sehari.
Kulit kita tidak adapt pada pendedahan cahaya matahari secara terkumpul, tapi pada pendedahan yang paling lama. kalau korang nak lagi gelap, korang berjemurlah dengan lagi lama, macam 40 minit atau sejam untuk memberikan kulit kita lebih stress daripada 30 minit yang kulit kita dah adapt tu.
Jadi kenapa Coach meraban pasal kulit pulak ni? Sebab training pun mengikut prinsipal yang sama- korang memberikan stress pada badan korang dan ianya akan meng adaptasi pada stress tersebut, tapi sekiranya stress itu di programkan dengan baik.
Stress menyebabkan adaptasi.
Ramai orang ke gym buat benda yang sama, weight yang sama, program yang sama untuk berbulan bulan atau bertahun tahun dan mereka juga tanya benda yang sama: Kenapa aku tak besar besar? Kenapa aku tak sekuat sipolan sipolan ni? Kenapa aku tak lose weight, kenapa kenapa kenapa?
Salah satu sebab, korang tak beri sebab untuk badan korang adapt pada stress. Cuba tanya diri sendiri, berapa lama dah korang buat bench press dengan rep dan set scheme yang sama dan juga dengan berat yang sama? kalau korang tak boleh beri jawapan atau pun jawapan korang adalah, dari awal tahun lagi tak berubah, maka macam mana badan nak adapt.
Kalau korang selalu buat 4 set of 10-12 reps, badan kita akan terbiasa dengan stress tersebut. Kalau kita selalu buat heavy, 2-3 reps, badan kita pun akan terbiasa dengan stress itu. Tapi muscle dan saraf berfungsi dengan berbeza apabila korang buat 12 reps berbanding dengan 2-3 reps.
Lagi satu, korang mestilah boleh recover daripada stress tersebut. Tak guna kalau korang train gila gila tapi korang tak biarkan badan korang masa untuk adapt (recover). Sama lah macam bila buat chest, chest tak besar besar. Lepas tu dapat pulak nasihat supaya buat super set, drop set, one drop perfume set. Lepas tu makan pulak macam burung dan timing pulak macam ayam' kais pagi makan pagi, kais petang makan petang', macam mana nak recover.
Good program vs Bad program
Perbezaan antara program yang bagus dengan yang tak berapa bagus adalah kemampuan sesuatu program tu untuk terus stimulate adaptation. Dalam kata lain, program yang memerlukan korang meningkatkan sesuatu aspek stress (macam tambah sets, tambah reps, atau tambah weights, atau ketiga tiganya sekali), adalah baik untuk beginner.
Untuk beginner, program apa pun boleh berbanding tak ada program langsung, jadi program program ini akan berkesan pada mereka. Tu pasal kebanyakkan orang ingat training mereka effektif, dan kebanyakkan yang mencuba program baru akan mendapat reslut yang baik, tapi selepas badan membuat adaptasi, ia akan menjadi stagnant kembali.
Adakah disebabkan itu, korang akan sentiasa bertukar tukar program? Bagus juga kalau sentiasa bertukar program, supaya sentiasa fresh dan motivating, tapi pastikan korang pakai program tu at least 3 bulan untuk program tu berkesan.
Atau pun bagi yang malas nak bertukar program, cari program yang membolehkan korang tambah berat, set atau pun reps sikit demi sedikit, selama yang mungkin untuk memberi muscle kita stress untuk adapt.
Jadi jika korang have a hard time gaining ke atau progressing ke, tengok program korang macam mana. Adakah dah lapok dan perlu tukar? Atau weight masih macam setahun yang lepas? Dan tengok recovery macam mana?
Kalau korang challenge badan korang, korang akan adapt. Training menjadikan challenge pada badan korang berjadual, bukannya random atau pun secara tak sengaja. Jadi keep on challenging your self!
Artikel Oleh:
Coach Shahril Rahman