icon-search
icon-search

Adakah Anda Hardcore?

Adakah Anda Hardcore?

Adakala kita akan nampak bodybuilder atau pun lifter yang angkat weight, lepas last rep, BOOM!! Hempas dumbell atau barbell tu.

Atau pun sebelum angkat atau pun bila struggling untuk lift the weight akan menjerit jerit.

Atau pun pakai baju macam Kai Green kat atas tu, atau body fit , pakai belt, pakai elbow sleeve, dan pakai knee sleeve (badan tak semestinya macam Kai Green).

Bila tengok orang orang macam ni, mesti dalam fikiran kita " Wah..hardcore betul brader ni" kan?

So apa itu hardcore?

Ikut Kamus, Hardcore adalah 

  • 1) Seseorang yang sangat setia pada sesuatu prinsipal.
  • 2) Cakap serupa bikin
  • 3) Sesuatu yang sangat komited


Jadi memang betullah tu macam ketiga tiga senario tu.

Tapi adakah korang betul betul hardcore? Hempas hempas dumbell atau barbell bukan lah indikasi yang korang ni hardcore, tapi  lebih pada nak menjahanamkan harta benda. Tapi kalau berat? Dude, Coach pun angkat berat jugak tapi tak la sampai hempas, Coach akan turun kan dengan terkawal.

Pakai bodyfit, belt elbow sleeve dan knee sleeve, pakai baju spaghetti  string (macam Kai kat atas tu) pun bukan bermaksud hardcore, itu cuma bermaksud korang mengikut bodybuilder kat magazine, sebab dia pakai macam tu, sampai tak tau function belt, glove elbow sleeve dan knee sleeve. Kalau tengok bodybuilder (kat sini atau luar negara), mana ada pakai glove sangat, diaorang lebih suka 'feel' besi tu kat tangan. Belt pulak pakai masa heavy set jer, dan kalau diaorang pakai pun diluar heavy set sebab untuk cover perut buncit (sebab makan banyak, jadi perut distended, walaupun ada 6 paks). Baju pulak, diaorang pakai macam tu sebab photoshoot. Memang ada yang pakai macam tu in real life tapi lagi ramai yang cover semua masa training.                          

Menjerit atau grunting dengan kuat juga bukan maksud hardcore. Bila berat tu akan la keluar suara sikit, tapi tak de lah macam nih...

Seriously, orang akan hanya fikir korang ni tak berakal. Ok ok contoh kat atas tu macam over the top tapi believe me the truth is sometimes is stranger than fiction.


So, what is hardcore?

Day in day out bodybuilding lifestyle..jaga makan, walaupun untuk bulking. Training mesti dilakukan, tak ada alasan. Tak ada supplement? Tak kisah, masih lagi boleh workout. Milo kan ada, sama ja. Meninggalkan semua aktiviti yang menghalang pergi gym atau pun menghalang recovery. Masak sendiri.

Jadi summary diatas adalah,.. ATTITUDE. Attitude mesti betul. Kalau nak badan menjadi, atau nak jadi the strongest, attitude mesti betul.

So what's the meaning of hardcore to YOU?


Artikel Oleh

Coach Shahril Rahman



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping