Ada 3 principal yang korang boleh guna pakai untuk membuatkan korang membesar.
1) Korang mesti training untuk jadi kuat
Jadi apa saja program basic yang bagus boleh korang pakai.
Coach paling suka Jim Wendler program 531, sebab it works! Coach pernah cuba program ni selama 4 bulan, dan strength mencanak canak naik.
Korang kena buat 2 benda untuk jadi kuat: Tambah weight dan tambah rep. Senangkan. Jadi jawapannya bukan lah buat ringan ringan dengan high reps, atau buat berat dengan low reps. Tapi buat heavy dengan high reps!
2) Korang mesti buat squat.
Ini buat bro bro yang 'malas' nak squat, sebab takut seluar jeans tak muat. Kalau korang nak bicep korang menjadi bertambah 1 inci chest korang lagi kembang korang kena buat squat, sebab dengan heavy squat (fokuskan pada perkataan HEAVY) badan akan di loadingkan dengan semaksima yang mungkin...Tak percaya tanya lah Tom Platz.
3) Last sekali, korang kena banyak pakai bar.
Satu perkataan: Complexes atau lebih tepat lagi barbell complexes. Untuk pengetahuan korang yang baru jer sentuh besi, complexes adalah satu susunan antara 6-8 exercise, tanpa meletakkan bar ke lantai, dengan menghabiskan reps untuk satu satu exercise sebelum membuat exercise yang seterusnya. Memang brutal, kalau korang buat dengan betul.
Sebenarnya boleh banyak lagi principal principal ang membolehkan korang bulking, tapi Coach listkan hanya 3 ini sahaja dahulu sebab takut korang pening kepala. Kalau ada masa lagi Coach akan tambah.