icon-search
icon-search

Bagaimana Nak Hilangkan Lemak Selepas Bulking ?

Bagaimana Nak Hilangkan Lemak Selepas Bulking ?

Selepas anda capai berat badan yang diinginkan semasa bulking , amat sesuai untuk anda mulakan fasa cutting. Fasa cutting ini di mana anda menghilangkan lebihan lemak terkumpul semasa bulking.

Fasa bulking semestinya lebih mudah , makan apa saja asalkan capai calorie-surplus boleh tambah berat badan dan besarkan saiz otot. Tetapi untuk fasa cutting pula, anda perlu buat perancangan dan disiplin yang tinggi. Ianya tidak mustahil , anda juga boleh berjaya.

Fasa cutting ini, anda perlu kawal pengambilan kalori atau dipanggil calorie-deficit. Tujuan anda cutting untuk maintain saiz otot sedia ada dan menghilangkan lemak supaya badan anda akan menjadi lebih ripped.

Berikut merupakan 5 langkah pertama anda boleh ikuti untuk mula cutting :

1. Rancang Diet

Setiap individu perlukan kalori yang berbeza. Anda boleh gunakan calorie-intake calculator untuk mula mengira kalori harian diperlukan. Kurangkan dahulu 300 kalori dari calorie maintenance, supaya anda tak berlapar secara berlebihan. Track progress anda selepas 1-2 minggu.

2. Struktur Workout Plan

Anda mungkin mengelak dari kardio semasa bulking dulu. Tapi lain pula semasa cutting, kardio atau HIIT ( high-intensity interval training ) boleh percepatkan pembakaran lemak. Sesetengah atlet lebih gemar HIIT berbanding kardio biasa, kerana hasilnya lebih pantas !

Anda juga boleh pelbagaikan workout. Sebagai contoh, drop set di mana anda lakukan beberapa set secara berterusan sehingga failure. Setiap set anda akan mengurangkan berat bebanan.

3. Eat Clean

Pengambilan junk food seperti french fries atau aiskrim secara berlebihan boleh mengganggu fasa cutting anda. Lebihkan karbohidrat kompleks , seperti sayuran dan buah-buahan. Makanan yang tinggi kalori anda perlu kawal supaya berat badan tidak naik secara berlebihan.

4. Cukupkan protein intake harian

Semasa cutting, anda lebih mudah untuk susut otot dan strength sebenarnya. Sebabnya semasa ber-diet cutting , anda sudah kawal calorie-intake yang mana sumber utama tenaga anda. Antara cara untuk memastikan anda dapat mengekalkan otot adalah dengan meningkatkan pengambilan protein, dari solid food dan supplement whey protein. Sumber protein yang baik adalah seperti daging merah, telur, dada ayam dan ikan.

5. Ambil carbohydrates selepas workout

Carbs bantu memenuhi semula tangki simpanan glikogen badan anda, di mana anda akan guna semasa workout. Fungsi carbs pada waktu ini adalah untuk penuhi simpanan glikogen, bilamana anda mengambil carbs secara berlebihan semasa rest day boleh tersimpan sebagai lemak jika ia tidak digunakan.

Itu sahaja tips untuk menghilangkan lemak semasa bulking. Tak tahu nak mulakan yang mana satu ? Mulakan dengan merancang diet dan workout dahulu. Yang penting, anda konsisten hari-hari buat untuk dapatkan hasil terbaik dari cutting. Semoga berjaya !



Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping