icon-search
icon-search

3 Jenis Whey Protein Anda Perlu Tahu

3 Jenis Whey Protein Anda Perlu Tahu

Bila pergi ke kedai supplement ataupun order secara online, ada pelbagai produk whey protein di pasaran. Ada macam-macam jenama, sama ada whey protein import ataupun lokal. Anda mungkin tertanya-tanya...

Apa beza antara produk whey protein ni?

Pertama sekali, terdapat 3 jenis whey protein anda perlu tahu sebelum membelinya :

  1. Whey protein concentrate (WPC)
  2. Whey protein isolate (WPI)
  3. Whey protein hydrolysate (WPH)

Dan kenapa sesetengah whey itu lebih mahal berbanding yang lain. Mari admin kongsikan dengan anda.

1. Whey Protein Concentrate (WPC)

Whey concentrate mengandungi kandungan lemak dan carbs yang rendah. Range % kandungan protein di dalam whey concentrate sekitar 30% sehingga hampir 90%. Contohnya seperti Superior14 Whey Core mengandungi 24g protein setiap serving.

Whey concentrate biasanya lebih murah dan didapatkan pada harga mampu milik.

2. Whey Protein Isolate (WPI)

Whey isolate ialah kategori whey lebih advance. Ia melalui extra proses untuk singkirkan kesemua lemak dan laktosa. Biasanya whey isolate mengandungi minimum 90% kandungan protein. Protein lebih tinggi berbanding WPC.

Antara whey isolate import berkualiti anda boleh dapatkan seperti Tesla Iso Zero 100 ataupun Ripped Whey.

3. Whey Protein Hydrolysate (WPH)

Whey hydrolysate merupakan whey paling halus dan memiliki % kandungan protein paling tinggi. WPC telah pun melalui proses separa hidrolisis (proses penting untuk penyerapan protein ke dalam badan).

Disebabkan itu, whey hydrolysate merupakan kelas whey paling mahal berbanding 2 kelas whey di atas. Contohnya Hydro Whey Zero dari Superior14.

Jadi kita dah faham berkenaan jenis-jenis whey yang ada. Seterusnya...

Dekat mana nak lihat jenis whey yang digunakan pada sesuatu produk? 

Anda boleh lihat pada label ingredients. Selain itu, pada maklumat Nutrition Facts anda dapat bandingkan kandungan kalori, protein, carbs dan lain-lain.

Mana satu whey terbaik anda boleh cuba? Bergantung kepada bajet anda.

  • Whey pada harga ekonomi dan mampu milik → whey concentrate
  • Whey lebih berkualiti , rendah lemak dan carbs → whey isolate atau whey hydrolysate

Setakat itu sahaja perkongsian admin kali ini. Jika ada pertanyaan boleh komen di bawah.



Older post

Your cart is currently empty.
Continue shopping